Gugusan Syair Alif Mokhter

Muda-Mudi Kini

Muda-mudi hari ini
Berbaju ketat berseluar yengki
Ke hulu ke hilir melepak beraksi
Bersopan-santun tak perlu lagi

Kat orang tua tak ambil kisah
Belum bertunang belum bernikah
Berpegangan tangan kononnya bermegah
Keluar ke dalam bila di rumah

Bila berada di pasaraya
Muda-mudi serupa saja
Berambut pendek jalan berdua
Usah ditegur usah ditanya

Ada pula yang berambut panjang
Mereka itu si orang bujang
Kalau ditegur dari belakang
Mungkin tertanya salah orang

Banyak kini dah pun kesamaran
Gayanya lelaki akan halnya perempuan
Mengenali mereka pandang berdepan
Dari belakang banyak kekhilafan

Demikian disangka dia pemudi
Dia tu pondan disangka tadi
Bukan pemuda bukan pemudi
Kini di pekan banyak didapati

Adanya pemuda yang banyak duit
Petik jari mata digenyit
Di tempat ramai boleh dihimpit
Di tengah jalan terus berkepit

Masuklah restoran makan bersama
Menuntun wayang berhimpit paha
Ke taman bunga boleh bermanja
Usah dikira mana nak raba

Tiga jenisnya manusia kini
Perempuan, pondan dan jua lelaki
Banyak menganggur menjual diri
Merayau malam mencari rezeki

Di dalam kota kalau di mana
Timur dan Barat dah sama saja
Di sana maksiat dah berleluasa
Pemerintah juga yang pening kepala

Bersyukur aku dipanggil ustaz
Kalimah Tuhan selalu diingat
Hal demikian membawa selamat
Kalau tidak dah tentu terjerat

Ustaz aku hanya sukarela
Tanpa bergaji, yang belajar percuma
Untuk berbelanja sendiri berusaha
Begitu pengajaran yang ku terima

Gitu usaha derma bakti
Menyerahkan tenaga menolak asi
Yang dah berleluasa di sana-sini
Oh Tuhan, lanjutkanlah usaha ini

Selasa 6.25 petang - 5 Mei 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)