Gugusan Syair Alif Mokhter

Merambu Sebatang Kara

Di Perlis aku dekati seorang gadis
Di mana wajahnya ayu amatlah manis
Memakai kain nampak betis
Bercapuk-capuk di sana parut kudis

Di Arau aku sengaja sengaja dok bersapau
Kawan ku datang menyergah kononnya bergurau
Dak kena pun pukulan kuntau
Bermaafan sudahnya dek kami berdua merantau

Ku tinggalkan kawan ku, aku ke selatan
Di sana nyaris-nyaris lagi kan dinikahkan
Malangnya petang-petang dok berkemban
Gadis Alor Setar hati ku dah tertawan

Menyebabkan jodoh ku di sana tak lokek (lekat)
Merambu lagi sambil mengecek
Langkawi, kononnya orang kata cantik
Kuala Muda ke sana menumpang kolek

Mula-mula aku dekati tokey minyak gamat
Ada pekerjanya gadis cantik sangat
Aku cuba tackle rupa-rupanya penyengat
Wang di poket ku lingkup dia dah sebat

Aku cuba nak jadi kelasi kapal
Tokehnya orang Penang bernama Gopal
Tak lama, surrender, mabuk laut punya hal
Di Balik Pulau, di masjidnya jadi bilal

Bujang trang tang tang lah katakan
Di mana bang subuh dah dikumandangkan
Di kolah seorang gadis berwuduk ku perhatikan
Pandangan pertama itu akhirnya nak dijodohkan

Takut ku memuncak kononnya ia gadis darah keturunan Klg(?)
Darah keturunan Klg(?), di kampung mak kan bising
Nampaknya, kat sini aku amat boring
Sebelum subuh aku cabut meninggalkan Penang

Di Perai aku cuba nyuruk-nyuruk
Dalam nyuruk nak ada jua seronok-seronok
Dek bilal dulu, orang dah banyak tengok
Tak ku kenal pun tegur sapa kat aku lepak-lepuk

Ia tak ia aku terus-terang mengatakan
Kat Perai mungkin akan ada keselamatan
Lagi-lagi kawin orang anjurkan
Tak mau, jalan lagi arah selatan

Kat Ipoh aku cuba-cuba memasang body
Pagi petang, lepak, dok steady
Tak semena, gadis ayu pula menghampiri
Tak pun bergigi, yang nampak hanya gusi

Macam ini aku kata tak pakai
Sekalipun ayu ia gadis lampai
Katanya baru kahwin dan baru bercerai
Agaknya itulah yang dinamakan gadis sekali kirai

Di Pasar Budaya aku dok merambu
Bertemu pula gadis Kuala Kubu Baru
Malang, bila bercakap mulutnya berbau
Mujur aku tak kena siku, kat situ

Kat situ boleh mana nak pilih
Gadis mana nak, ada wang mesti boleh
Banyak yang cantik, comel loteh
Dah pun pilih, dapat gadis pemaleh (pemalas)

Kat rumah mak ku bersungut
Dek cantiknya kau dah pungut
Ginilah menantu ku, hanyut.. hanyut
Tak jadi menggenggam, apalagi menjemput

Tegal mak, aku naik muak kena tempelak
Baru seminggu aku pun naik jelak
Pilih lagi yang mana sekata berkehendak
Ke Pejabat Kadi dulu aku bawak

Di sana aku tak mau diijab kabulkan
Rupanya dia tu perempuan pondan
Dahlah sebanyak itu aku buat pilihan
Segera aku balik ke Negeri Sembilan

Di Seremban kepala aku seperti terbakar
Tegal seorang gadis bergaji besar
Katanya, dah ijab kabul besok beli motokar
Tanggung beres lulus kehendak ke dalam keluar

Gadis kota taklah mau lagi hati ini
Kat mak aku suruh carikan, mesti
Elok kat dia aku setuju sekali
Sementara itu aku keluar merambu lagi

Bentong, Kuantan dan seluruh Pahang
Di sana melepak di sini merambu, membujang
Seorang gadis amat cantik seperti mambang
Baru aku nak dekat dah diacukan penendang

Tak jadi aku nak tackle, takut
Pilih lagi, bertemu yang besar perut
Bukan ngandung, kena penyakit burut
Macam-macam aku katakan, tetap nak ikut

Aku ke Terengganu mujur-mujur dapat free
Di sana aku lihat gadisnya ayu, ranggi-ranggi
Wang ada, kalau tidak semua lari
Katanya, pergilah lu i am sorry

Di Jertih aku melepak kat sebuah warung
Semua orang kat situ tak sombong
Aku cuba nak pukul tin kosong
Mentang mentang orang dah pandang serong

Di Kelantan kat Kota Bharu merambu
Ku lihat gadis-gadis ayu mencium budu
Aku ikut merasakannya kerana nak tahu
Akhirnya, kok nak kawin tak berduit lalu

Sorang kawan baru marah-marah, menyergah
Dia orang Tanah Merah, tampan, gagah
Usah katanya di Kelantan menyerah kalah
Nanti hidup mu tak guna, kok parah

Ingat nak balik, ke Johor dulu merambu
Tegal bertemu kawan kat Perlis dulu
Masa bujanglah semua kita mesti tahu
Apalagi nak melihat dunia Johor Baharu

Tertawan pula oleh gadis Johor
Sedia menerima apa saja dihulur
Terfikir aku masa tidur-tidur
Inikah dia gadis pisau cukur

Dek perkenan lupa malu
Kat rumahnya maknya bawakan penyapu
Tegal itu hilanglah i love you
Lamalah jua fikiran ku buntu

Pusing punya pusing sampai aku di Mersing
Kat pantai menghilangkan hati runsing
Jumpa gadis dia dulu-dulu dah jeling
Aku raba poket cuma ada syiling

Pandangan aku jauh arah Laut China Selatan
Teringat kat seberang ada Pulau Tioman
Kawan kata usah ke sana, nanti kempunan
Kempunan tak kempunan dek hati aku ikutkan

Di sana semuanya menarik di hati kecik
Gadis-gadisnya semuanya cantik-cantik
Aku dekati orang tua bergobek, pendek
Kerana anaknya aku tertarik, dah kecek-kecek

Dekat punya dekat, maknya nak tahu dulu
Dari mana asal aku, maka datang ke situ
Kalau dak turunan ratu sejak dulu
Usah dekati anak aku, tau ! sergahnya aku

Aku terus berambus, singgah Tanjung Keling
Ingat orang di sana hitam bak Klg
Tapi, dah tengok kepala terus pusing
Dek masing-masing pandai jeling-jeling, mancing

Aku cuba pikat satu dara lawa
Malangnya poket aku dia sengaja meraba
Di sana wang aku sepitis tak ada pula
Dipedapnya aku dikatakannya ular sawa

Balik ke rumah aku merasa amat riang
Rumah aku terang benderang sekarang
Mereka kini hanya menunggu aku pulang
Rupa-rupanya aku dah pun bertunang

Malam itu juga menti dihantar memberitahu
Aku dah pulang ke rumah dari merambu
Besok jua aku berikhtiar pakaian baru
Kat tukang bikin dulu, duit tulis buku

Hari kahwin tumbang kerbau jantan
Di atas pelamin empat pengantin disandingkan
Damoh kompang, tukangnya buat pukulan
Hati ku gelabah hingga tak pula lalu makan

Keluarga aku menghantar pulang ke Simpai
Kampung isteri ku yang kurus lampai
Dilingkungi Adat Perpatih aku mesti memakai
Mahu tak mahu aku cuba tak mempertikai

Tiga anakku lahir isteri lagi mengandung
Segera aku bawa berhijrah ninggalkan kampung
Kat tanah rancangan membawa untung
Di sana suami isteri sama-sama berdayung

Tuhan dah sediakan hambanya rezeki
Bersepah-sepah berselerak di sana-sini
Kutiplah katanya sejak dari pagi
Dengan sabar, cekal dan percayakan diri sendiri

Rabu 3.30 petang - 29 April 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)