Gugusan Syair Alif Mokhter

Menunaikan Jemputan (i)

Kenduri kahwin adikku di Galau
Dua hari di sana bersapau
Di hari berlangsungnya memotong kerbau
Malangnya jiwa ku sedikit kacau

Jam empat pagi aku diberitahu
Akan kematian besan perempuan ku
Jam sembilan pagi ke Terachi dulu
Menunjukkan muka melindungi malu

Di Galau olek berjalan terus
Berzanji berindoi bertali-arus
Berkompang bersanding terus-menerus
Bekerja buat sempurna terurus

Dengan berpakaian berwarna-warni
Pengantin bersanding dan jemputan resmi
Menjelang petang jemputan ada lagi
Para petugas nampaknya dah lesi

Tiba-tiba muncul sebuah berita
Dari SLB pula datangnya
Tuan Haji Sulaiman meninggal dunia
Aku gamam dan balik segera

Aku dihantar ASBI balik
Ke Terachi dulu menunjukkan baik
Berita baru di sana diusik
Hati ku kini merasa serik

Jam tujuh petang sampai kat rumah
Seluruh badan ku merasa lengah-lengah
Salat Asar dan Maghrib amat payah
Sesudah Maghrib dah menjungkang rebah

Maknya mengajak makan
Jam sebelas baru digerakkan
Bila makan tanpa perubahan
Lalu ku tekan penuh sepinggan

Jam duabelas ke tempat tidur
Jam lima tamatlah mendengkur
Setelah bersenam gerakkan S'kur
Memandikan dia selepas melabur

Lengoh badan kurasakan kini
Tegal takungan tak berair lagi
Terpaksalah ke ladang pagi ini
Mungkin di sana terdapat rezeki

Penat badan ku bukan kepalang
Jam sepuluh pagi dari ladang
Terus saja kat kerusi menjungkang
Lauk tengahari tak kupedulikan sekarang

Biasanya akulah menyediakan itu
Kini maknya mengerti kedudukan aku
Olehnya sayuran dialah meramu
Sedarnya beradu setelah jam satu

Dalam berduka dibawa menyanyi
Berseloka bersyair mengisahkan diri
Kerana gelagat dek dua hari
Di sana berpesta, bersedih menyayat hati

Isnin 1.45 petang - 4 Mei 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)