Gugusan Syair Alif Mokhter

Dulu Dan Sekarang

Semalam aku berakit-rakit
Hari ini aku berenang-renang
Semalam aku bersakit-sakit
Hari ini aku dah dianggap senang

Kemarin aku mundar-mandir
Menjarah hingga ke Kenaboi
Kemarin aku kat Gunung Pasir
Kemudian berhijrah kat SLB(?)

Dulu aku selalu mendaki bukit
Kini kerap turun ke paya
Dulu aku hidup amat perit
Kini aku duduk sedikit selesa

Semalam kerap aku menjerit
Hari ini banyak duduk bersela
Semalam aku terhimpit sakit
Hari ini anak semua dah kerja

Kemarin pernah berlauk togel
Kini dah banyak melabur
Kemarin berbasikal bogel
Kini dah memandu motor

Semalam aku beladi bastad
Hari ini amat suka mengaji
Semalam aku dipanggil ustadz
Hari ini dah dipanggil Pak Aji

Semalam aku pernah ke Air Kering
Kini kerap pula ke Jempol
Semalam aku kurus menjengking
Kini dah pula gemok-gedempol

Syukur aku kepada Tuhan
Segala usaha ku mendapat kemajuan
Makan, pakai dan tempat kediaman
Nyata sudah dalam keselesaan

Oh Tuhan Yang Maha Tinggi
Kekalkan berterusan seperti ini
Malah bertambah-tambah senangnya lagi
Dengannya beribadat senang dijalani

Oh Tuhan Malikul Manan
Sihatkan daku dan tetapkan iman
Lindungi aku dari gangguan
Gangguan laknat iblis dan syaitan

Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Jiwa ragaku kepada Mu berserah
Bawalah daku ke tempat yang indah
Di dunia di akhirat tak merasa gelisah

Amin Amin Ya Rabbul Alamin
Ihdinassirahtal Mustakim
Kekal dengan petunjuk Mu jua Amin
Kekal dalam limpah kurnia Mu jua Amin

Selasa 4.00 petang - 28 April 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)