Gugusan Syair Alif Mokhter

Dua Kembar Sejalin

Semalam amatlah kelamnya
Di sana aku bermalam, terlena
Hak Allah sekalian alam maya
Dan Rasulnya bercengkerama di sana bersama

Aku mengucap Alhamdulillah
Dari hati terus ke lidah
Dan memuji anak Aminah
Namanya Muhammad kekasih Allah

Demikian pujian segala keluarganya
Dan sahabat Nabi semuanya
Kepada Allah berharap kurnianya
Agar aku bersama dengan mereka

Aku kini dalam musafir
Melalui jalan yang sedia terukir
Hendaknya Allah sentiasa hampir
Melindungi aku dari kafir

Ya Allah Malikul Manan
Sepanjang jalan rahmatmu kuharapkan
Sepanjang hayatku kekal dikurniakan
Dunia Akhirat sempurna bekalan

Oh Muhammad anak Abdullah
Umatmu ini umpama kafilah
Di sana syafaatmu anugerahilah
Memandu aku menemui Allah

Kerap aku diimbau noda
Sempat ditolak dek ilmu di dada
Quran dan Hadis kekal bersama
Di sana iblis menunggu lupa

Oh Tuhan yang maha kaya
Lindungi aku dari bahaya
Tetapkan langkahku melalui maya
Iman dan taqwa kekal di dada

Hadis dan Firman tak pernah lupa
Aku fahami dan aku baca
Biar hendaknya kekal bersama
Dunia Akhirat tak berpisah darinya

Oh Tuhan yang amat bijak
Usah dibiarkan aku tercampak
Di maya pada lupakan penolak
Menolak asi yang berlambak-lambak

Di sana dua kembar sejalin
Banyak melupakan dek mengejar mesin
Wang dan ringgit penukar fesyen
Berfoya-foya musim ke musim

Dua sejalin Quran dan Hadis
Kekal disusun berlapis-lapis
Berguna ketika adanya majlis
Simpan kembali (bila) majlis habis

11.00 pagi - 11 April 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)