Gugusan Syair Alif Mokhter

Apa Ada Pada Nama (i)

Apakah ada pada nama
Menyombong dir berbangga-bangga
Nama boleh direka-reka
Ditambah lagi kononnya jasa

Datuk, Datin, Yang Maha Mulia
Tan Sri, Yang Berhormat, macam-macam gelarnya
Duduknya tinggi di atas singgahsana
Cuma di luar aje letak pangkatnya

Tuhan tidak menyuruh begitu
Padalah iman di hati terpaku
Patuh beribadat sebilang waktu
Darjatnya tinggi Tuhan mengaku

Di dalam Islam tak ada tingkat-tingkat
Tinggi rendahnya dengan darjat
Tiap-tiap 9orang sama dijagat
Nanti amalan memisahkan di Akhirat

Di alam Akhirat ada bahagian
Hasil bertanam di dunia berterusan
Tiba di Akhirat buahnya diagihkan
Banyakkan bertanam usahlah segan

Pangkat di dunia tak sampai ke mana
Yang di bawa pulang hanya tiga
Amalan salleh yang nombor satunya
Sedekah jariah yang keduanya pula

Anak yang salleh sentiasa mendoakan
Rang tuanya dah dipanggil Tuhan
Doanya sampai setiap dilakukan
Ada ketiganya tetap kebahagiaan

Di alam Barzakh dan hari Akhirat
Tak ada ketiganya telah dibuat
Mereka kesal di sana merempat
Tak ada sesal tak ada taubat

Peduli apa pada nama
Asalkan kekal menabur jasa
Orang sayang Nabi pun suka
Tidak kecuali Tuhan bersama

Amal ibadat perlu dibanyakkan
Dianya kekal dalam perpindahan
Kalau asi telah dilakukan
Besar padahnya di hari kemudian

Cuma pada 9orang yang insaf
Asi dah buat segera taubat
Betul-betul menyesal sepanjang hayat
Tuhan perkenan yang mereka hajat

Bila iman membawa keinsafan
Mudah kembali ke pangkal jalan
Mereka terus mengadap Tuhan
Iblis takkan berani menghampirkan

Jadilah tuan orang yang salleh
Di dunia sentiasa bermula jernih
Di Akhirat pula Tuhan kasih
Tempatnya tinggi amat bersih

1.00 tengahari - 20 April 1992

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)