Gugusan Syair Alif Mokhter
Aku Akan Jadi Juara
Besok mungkin aku kan balik
Bersama kakak dan adik-adik
Di sana kan diadakan sebuak olek
Lazimnya dalamnya bersama bekerja buek (buat)
Walau aku dikirakan orang tua
Pasti jualah ada bersama mereka
Dek adat di sana ada gunanya
Setidak-tidaknya untuk menegur menyapa
Kecilnya orang tak pernah aku hinakan
Dek besarnya pula aku tak ada segan
Dalam adat sadonya ada peruntukan
Bersusah bersenang sama-sama merasakan
Dek banyak bolehlah berumpuk
Dek sikit ada lauk hanya semangkuk
Sama-samalah dicecah usahlah berpolok
Pada ku kan menegah yang main-main sorok
Banyak orang dah kenal peel aku
Banyak bual dan banyak yang setuju
Selagi ada angguk dan bertanya selalu
Akan jadi juaralah aku kala itu
Kadangkala budak berhimpun mendengar
Tak ada puasnya dek disertakan kelakar
Malah banyak pula para pelajar
Mencebok akan apa yang aku papar
Ada cerita-cerita dalam banyak bual
Sengaja direka agar jadi soal
Terselit cerita lama yang aku hafal
Di mana adanya mereka tak pernah dengar
Banyak yang pada satu ketika
Dah bersama dalam bualan saya
Kini mahu lagi tambbahannya
Ini menambah rancak aku bercerita
Lagi tiba ke jauh malam hari
Banyak yang ngantuk aku dapati
Di sana aku selangi dengan nyanyi-nyanyi
Dari pelbagai bahasa yang ku ketahui
Ada kalanya kenduri begini selalu
Sampai pagi bual aku masih laku
Terutama budak-budak masih berpusu
Mendengar tibanya cerita-cerita lucu
Babak demi babak kan dibawak
Ugama, adat, nasihat disambilkan lawak
Rata-rata suka mendengar sambil memasak
Tak kecuali yang mahu mengetati pasak
Demikian ini bualan orang tua
Di sebarang tempat di sebarang masa
Laku dan laku pula dek tua dan muda
Puasnya pada nereka amat ketara
Khamis 4.45 petang - 30 April 1992
Ke Halaman Utama
Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)